PERKHIDMATAN awam telah melakukan yang terbaik dan berusaha gigih untuk menguruskan krisis semasa pandemik ini dah harus terus kekal berdaya tahan dan menyesuaikan diri, kata Presiden Halimah Yacob. Ini memandangkan pandemik Covid-19 bukanlah krisis terakhir yang akan dihadapi masyarakat Singapura sebagai sebuah negara. Lantaran itu, adalah penting untuk mempunyai pemimpin komited dalam perkhidmatan awam, khususnya semasa tempoh mencabar seperti Covid-19....





