Perpustakaan Ang Mo Kio yang dipindahkan ke ruang bekas pawagam merupakan perpustakaan awam pertama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) yang mempunyai ruang setinggi dua tingkat.
SingapuraNov 20, 2026 | 7:16 PM

Perpustakaan Ang Mo Kio dibuka semula di AMK Hub, rak buku dari lantai hingga siling

Lebih 5,500 buku terpakai yang masih elok telah ditempatkan di rak bahagian atas setinggi enam meter di ruang utama Perpustakaan Ang Mo Kio yang baru dibuka semula di AMK Hub.

Ruang setinggi dua tingkat itu, yang pertama seumpamanya bagi perpustakaan awam Singapura, disifatkan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) sebagai syurga buku buat pengunjung untuk meneroka pelbagai bahan bacaan.

Guru daripada sekolah rendah dan menengah telah meneroka penggunaan kecerdasan buatan generatif (Gen AI) untuk mengolah artikel Berita Harian (BH) agar menjadi bahan pengajaran interaktif pada 20 November.
Seramai 80 guru menyertai Bengkel AI anjuran BH itu di SPH Media News Centre.
Dikendalikan oleh jurulatih StoryLab Academy, bengkel berbentuk amali itu memberi peserta peluang mencuba sendiri alat AI seperti ChatGPT dan Gemini Notebook untuk mengolah kandungan artikel berita menjadi bahan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam bilik darjah. 
Ketua Subjek/Sokongan Pendidikan di Sekolah Menengah Woodlands Ring, Encik Zulhafiz Zainal, turut berkongsi pengalaman beliau menerapkan teknologi itu dalam pengajaran di bilik darjah.
Latihan tersebut diharap dapat melengkapkan guru dengan kemahiran praktikal untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kebolehan dan keperluan pembelajaran pelajar.
SingapuraNov 20, 2026 | 6:57 PM

Guru bahasa Melayu teroka penggunaan AI dalam bilik darjah

..

Masjid baharu, Tampines North, lebih daripada tempat ibadah
SingapuraNov 20, 2026 | 6:40 PM

Masjid baharu Tampines North tampil ciri mesra keluarga; mampu tampung 4,000 jemaah

Daripada bilik penyusuan bayi dan ruang jagaan kanak-kanak untuk keluarga, ruang khas bagi kegiatan dan pembelajaran belia, hinggalah kepada kemudahan mesra bagi golongan warga emas dan jemaah yang mempunyai keperluan mobiliti.

Inilah antara kemudahan yang bakal disediakan di masjid baharu yang akan dibina di Tampines North, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, semasa mendedahkan reka...

bekalan gas Indonesia, Singapura, gas asli
SingapuraNov 20, 2026 | 6:40 PM

Indonesia pulih bekalan gas asli ke S’pura pada 12 Nov

Indonesia telah memulihkan bekalan gas asli ke Singapura sepenuhnya pada 12 November, kata Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI) pada 20 November.

“Buat masa ini, tiada lagi notis pengurangan bekalan,” kata seorang jurucakap kementerian.

Seorang hakim Amerika Syarikat di Florida, sahkan bahawa Thomas Markle, 82 tahun, bapa Duchess of Sussex dari Britain, Cik Meghan Markle, waras dari segi mental untuk dibicarakan, dakwaan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak
DuniaNov 20, 2026 | 6:39 PM

Bapa mentua Putera Harry layak dibicara berhubung kes eksploitasi seksual kanak-kanak

TAMPA (Florida): Seorang hakim Amerika Syarikat di Florida pada 19 November mengesahkan bahawa Thomas Markle, 82 tahun – bapa yang telah memutuskan hubungan dengan anaknya, Duchess Sussex dari Britain, Cik Meghan Markle – sebagai waras dari segi mental.

Dengan itu, dia disifatkan boleh menjawab pertuduhan mahkamah persekutuan yang mendakwanya sebagai seorang pemangsa seksual kanak-kanak.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), dan Presiden China, Encik Xi Jinping, mengadakan pertemuan di Kylin Villa, Shenzhen, China, pada 20 November untuk membincang mengenai naik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura (CSFTA) 4.0, yang akan meneroka kerjasama lebih luas dalam bidang seperti ekonomi digital dan pemerolehan pemerintah.
SingapuraNov 20, 2026 | 6:26 PM

PM Wong temu Xi, mula rundingan naik taraf perjanjian dagang S’pura-China

SHENZHEN: Singapura dan China memulakan rundingan untuk menaik taraf Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) dua hala, sedang Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Presiden China, Encik Xi Jinping, menyeru kerjasama lebih erat di tengah-tengah ketidaktentuan sejagat yang kian memuncak.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu pada 20 November di Kylin Villa, sebuah rumah tamu negara yang terletak di tepi tasik, di Shenzhen, China.

Pusat Sukan ActiveSG Punggol rasmi dibuka 22 November!
Play Video

Di sebalik tabir kerjasama BH-Singa Legends
Play Video

Pusat Sukan ActiveSG Punggol rasmi dibuka 22 November!
Play Video

Pengalaman unik menginap dalam Boeing 747 di JB
Play Video

Sokongan Kos Sara Hidup MUIS ringankan beban ibu tunggal 4 anak
Play Video