Maklum balas daripada lebih 700 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, seperti kumpulan kariah masjid dan penduduk Tampines, telah diperoleh serta diambil kira dalam melakar reka bentuk masjid baharu di Tampines North yang dijadual dibuka pada 2029.
Pandangan mereka dikumpulkan menerusi beberapa sesi libat urus – antara September 2025 dengan Februari 2026 – anjuran jawatankuasa yang dilantik Majlis Ugama Islam Singapura...




