KUALA LUMPUR: Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, tidak lagi dikelaskan sebagai rahsia bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyediakan afidavit balasan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Majlis Peguam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu perlu kerana minit tersebut mengandungi maklumat penting yang...




