Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menemui Naib Perdana Menteri China, Encik Ding Xuexiang, di Istana pada 22 November.
Encik Ding berada di Singapura dalam rangka lawatan rasmi dari 22 hingga 23 November bagi menghadiri mesyuarat Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-22 serta mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bersama (JSC) yang berkaitan.




