Mungkin terdapat sedikit sentuhan aroma limau bergamot sebagai bauan utama diikuti haruman manis bunga iris, namun ‘bau’ atau kehadiran elemen kecerdasan buatan (AI) turut semakin ketara dalam penghasilan minyak wangi baharu, menurut pakar industri.
Dunia pembuatan minyak wangi tradisional tidak dapat lagi menolak penggunaan teknologi baharu dan algoritma, meskipun industri berkenaan menegaskan bahawa kepakaran deria manusia tidak mungkin dapat digantikan...




