CANBERRA: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menjadi pemimpin luar negara pertama yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Western Sydney pada 23 November, menaiki penerbangan sulung Singapore Airlines (SIA) yang disambut dengan pancutan air meriam.
Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, menyifatkan ketibaan Encik Wong di lapangan terbang baharu itu sebagai “babak terbaharu” dalam persahabatan antara kedua-dua negara,...




