ISKANDAR PUTERI (Johor): Johor digesa menyediakan pelan jangka panjang untuk memperluas Program Dwibahasa (DLP) bagi memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan menyediakan anak negeri itu merebut peluang pekerjaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, berkata usaha tersebut memerlukan penilaian kebolehlaksanaan dan persediaan menyeluruh, dengan mengambil kira kesediaan guru...




