MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah meminta umat Islam Singapura supaya tidak mengerjakan solat di luar zon selamat yang ditetapkan di masjid semasa Hari Raya Haji Selasa depan dan juga bagi solat Jumaat setiap minggu.
Ini kerana seseorang mungkin boleh menyebarkan virus Covid-19 tanpa disedari dan pihak masjid boleh didakwa dengan tuduhan tidak menguatkuasakan...





