Semakin ramai usahawan di Singapura memilih menjalankan perniagaan secara bersendirian.
Walaupun jumlahnya masih kecil, semakin ramai daripada mereka berjaya menjana pendapatan tahunan sekurang-kurangnya $1 juta tanpa mengambil pekerja.
Terdapat 89,800 orang sedemikian pada 2024, meningkat daripada 57,800 orang pada 2014, menurut satu kajian oleh Jabatan Perangkaan (DOS) dan Enterprise Singapore (EnterpriseSG), yang menganalisis rekod rasmi pemegangan saham dan pemilikan perniagaan...




