Aroma belacan, kepedasan sambal tumis dan keharuman rempah sate lazimnya membangkitkan selera apabila menikmati hidangan Melayu ini.
Namun, di dapur Encik Ilya Nur Fadhly, bahan-bahan tersebut diolah menjadi sesuatu yang berbeza, iaitu mentega artisan.
Mantan peserta MasterChef Singapore musim ketiga itu kini menawarkan lima perisa mentega menerusi perniagaan santapan privetnya atau private dining, Sudu, sebagai sebahagian daripada usahanya mengetengahkan cita...





