BOGOR: Angka korban akibat banjir yang melanda sebuah lombong emas haram di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, meningkat kepada 13 orang, manakala 13 lagi masih hilang dan dikhuatiri terperangkap di dalam lubang lombong tersebut.
Tragedi itu berlaku selepas hujan lebat melanda kawasan perlombongan emas Pongkor, di daerah Nanggung, pada 23 November, menyebabkan sungai berhampiran melimpah dan air bercampur lumpur memasuki dua...





