Eksport Singapura bernilai sekitar $9.4 billion akan terjejas oleh cadangan tarif terkini Amerika Syarikat, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, sambil menambah bahawa negara ini akan terus berunding dengan Amerika bagi menurunkan tarif tersebut.
Namun, Encik Gan – yang juga Menteri Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan) – menegaskan bahawa sebarang perjanjian yang dicapai kelak akan memerlukan semangat tolak...





