ISKANDAR PUTERI (Johor): Kerajaan Johor tidak akan mengorbankan kesejahteraan penduduk demi menarik pelaburan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, ketika menjawab kebimbangan mengenai kesan pembangunan pusat data terhadap bekalan air dan elektrik di negeri itu.
Beliau berkata kerajaan negeri menilai keperluan setiap pusat data berdasarkan kemampuan prasarana setempat. Penilaian itu turut mengambil kira teknologi yang digunakan bagi mengurangkan kesan...





