Meskipun terdapat pertelingkahan dan perselisihan pendapat dalam kalangan negara anggota Asean, cabaran dan risiko yang dihadapi bersama, serta peluang yang dikongsi, jauh mengatasi perbezaan mereka, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Justeru, beliau berkata memastikan kesemua 11 negara anggota kekal bersatu dan Asean terus memainkan peranan utama dalam memacu kerjasama diplomatik, keamanan, keselamatan dan pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara...





