TERDAPAT 133 kes baru Covid-19 dilaporkan Jumaat (23 Julai), jumlah terendah pada minggu ini, termasuk 130 kes dalam masyarakat. Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan 78 kes dalam masyarakat berkaitan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) dan enam daripada kelompok KTV. Dalam kenyataannya, MOH berkata 64 daripada 130 kes dalam masyarakat itu dikaitkan dengan kes lalu dan telah dikenakan kuarantin. Lagi 37 kes...






