PENYERTAANNYA dalam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) bukanlah perkara yang diduga.
Ini kerana bagi Leftenan Muda (2LT) Akmal Rostam, sebagai anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang menjalani latihan ketenteraan asas (BMT) di kem unit kombat terpilih, atau lebih dikenali sebagai 'mono-intake', memasuki Sekolah Pegawai Kadet (OCS) merupakan sesuatu perkara yang mustahil, apa lagi ke RSN.





