SINGAPURA perlu mempunyai sejumlah syarikat perkilangan tempatan yang kukuh dengan kepakaran dan pengetahuan ditimba dalam negara, agar relevan dan demi membina sektor pertumbuhan berdaya maju, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.
Bercakap semasa pelancaran makmal bersama syarikat perkilangan tempatan Arcstone dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Encik Gan berkata Singapura tidak boleh bergantung hanya pada...





