SINGAPURA bersedia menerima bekalan vaksin Covid-19 yang dipanggil Comirnaty sedang negara ini berusaha menambah bekalan bagi mendapatkan seberapa ramai penduduk untuk jalani vaksinasi.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (23 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata vaksin ini sama seperti vaksin Pfizer-BioNTech yang kini digunakan dalam program vaksinasi nasional.
Ia mempunyai nama kajian yang sama, BNT162b2, kata MOH.
Vaksin Comirnaty ini dihasilkan...




