SEKITAR 26 tempat awam yang dilawati pesakit Covid-19 yang berkaitan dengan kelompok Hospital Tan Tock Seng Hospital (TTSH) telah menjalani pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman.
Para pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) ditugaskan memantau kerja-kerja pembersihan itu bagi memastikan ia dijalankan mengikut garis panduan NEA, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan.





