PERTUBUHAN Melayu/Islam (MMO) akan menerima suntikan dana bagi projek yang selari dengan bidang tumpuan M Kuasa Tiga (M³), sedang kerjasama antara mereka terus diluaskan dalam usaha meningkatkan taraf masyarakat.
Menyatakan demikian dalam ucapannya di Majlis Perjumpaan Hari Raya secara maya pada Jumaat (21 Mei), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut mengumumkan pembentukan program baru,...





