MASJID Jamae Chulia di 218 South Bridge Road ditutup sejak waktu Asar pada Jumaat (21 Mei) hingga Ahad (23 Mei) bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan menyusuli kunjungan seorang individu yang disahkan positif Covid-19 sewaktu solat Zohor pada 17 Mei.
Pihak masjid telah dimaklumkan mengenai jemaah berkenaan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), jelas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam pos Facebook pada...





