JOHN Davis, salah seorang penyanyi yang meminjamkan suaranya kepada kumpulan pop masyhur sekitar penghujung 1980-an, Milli Vanilli, dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19.
Menurut laporan The New York Post, berita kematian Davis dikongsi anaknya, Jasmin di akaun Facebook miliknya pada Isnin (24 Mei).




