KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, selamat melahirkan bayi lelaki, juga anak keduanya, di sebuah pusat perubatan di Selangor, pagi semalam.
Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.





