LOS ANGELES: Dalam menerapkan norma baru dalam sejarah penganjurannya, acara anugerah perfileman berprestij, Anugerah Akademi 2021 atau Oscar, dikhabarkan tidak akan dikendalikan hos atau pengacara.
Bakal disiarkan secara langsung dari Dolby Theater di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 25 April ini, edisi ke-93 majlis anugerah ini akan menyaksikan penyampai berprofil tinggi bergilir-gilir mengumumkan pemenang sepanjang malam mengikut prosedur operasi...





