MAKKAH: Jemaah haji yang mahu menunaikan umrah buat kali kedua perlu menunggu 14 hari sebelum menempah tarikh berikutnya.
Agensi berita yang ditukil Berita Harian Malaysia melaporkan pada Selasa (20 April), Ketua Perancang dan Strategi di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Al-Maddah, berkata aplikasi Eatmarna akan dilancarkan di sistem Android tidak lama lagi bagi tujuan itu.





