PEGUAM Lim Kia Tong kekal memimpin Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk empat tahun seterusnya setelah dilantik presiden persatuan itu untuk dua tempoh berturut-turut.
Enam muka baru juga dilantik membentuk majlis baru FAS bagi tempoh 2021 hingga 2025, dalam pemilihan kedua FAS yang berlangsung di Orchard Hotel pada malam Rabu (28 April).





