HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) tidak akan membenarkan pengunjung masuk ke wadnya sehingga diberitahu kelak, menyusuli kemungkinan terbentuknya kelompok Covid-19 di hospital berkenaan apabila seorang jururawat, seorang doktor dan tiga pesakitnya diuji positif koronavirus.
"Ini adalah langkah yang perlu kami kenalkan bagi mengekang situasi ini dan melindungi pesakit dan kakitangan kami.





