UNDANG-UNDANG mengawal dadah psikoaktif baru (NPS) akan diubah dalam separuh pertama tahun ini untuk membolehkan pihak berkuasa bertindak lebih cepat dalam menangani dadah tersebut serta mereka yang mengedarnya.
Pindaan Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) akan dilakukan untuk mengawal NPS berdasarkan potensinya menghasilkan kesan psikoaktif, umum Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Parlimen...





