WARGA Singapura dan penduduk tetap dalam beberapa keadaan tertentu kini boleh membuat rayuan agar mereka dapat menerima vaksin Covid-19 terlebih dahulu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.
MOH akan menimbangkan rayuan mereka yang mempunyai keperluan mendesak untuk berkunjung ke luar negara bagi urusan pendidikan, pekerjaan, untuk menziarahi atau memberi penjagaan kepada ahli keluarga yang sakit tenat, atau untuk...





