MANTAN pengarah muzik Polis Republik Singapura, Idris Mohd Yusof, telah meninggal dunia awal pagi tadi (Sabtu, 27 Mac).
Allahyarham, 73 tahun, yang berpangkat Superintenden dan bersara dari Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 2004 menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar 8.30 pagi di hospital, di mana beliau sedang mendapatkan rawatan bagi penyakit berkaitan jantung.



