SEJAK Al-Imtaq International & Services yang didaftarkan di bawah Lembaga Perakaunan dan Pengawalan Korporat (Acra) pada awal 2007, sokongan masyarakat Melayu/Islam dilihat sangat positif dan memberangsangkan.
Sokongan tersebut bukan hanya melibatkan sokongan yang bersifat material sahaja, ia mencangkupi sokongan mental dan fizikal yang membolehkan Al-Imtaq International & Services terus kukuh di mata masyarakat setempat.





