PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menemui rakan sejawatannya dari Sweden, Encik Stefan Löfven, menerusi sidang video kelmarin.
Mereka telah membincangkan tentang isu global dan potensi meluaskan kerjasama dua hala, termasuk dalam pengurusan pandemik, kesihatan, serta digital dan inovasi.





