Siapa sangka satu surat ‘tawaran emas’ bakal mengubah perjalanan kerjaya penyiar radio Mediacorp Ria 897, Fadli Kamsani dalam bidang hiburan tempatan. 

Selepas menyertai pertandingan adu bakat, Anugerah Skrin 2016, Fadli diberikan kepercayaan untuk membintangi beberapa drama bersiri termasuk Dara Zara dan Mamaku Sayang serta menjadi pengacara bagi beberapa rancangan maklumat seperti Jasa Aktivis dan Misi Wira Bahasa.