JUMLAH produk yang disahkan halal tahun lalu bertambah 5 peratus, meskipun di tengah-tengah pandemik Covid-19, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Halal Limited, Cik Dewi Hartaty Suratty.
Malah, jumlah permohonan oleh syarikat luar negara yang ingin mendapatkan pensijilan halal menerusi Warees Halal meningkat seganda sepanjang 10 tahun lalu, kata beliau.





