SEMANGAT penyanyi Mawi tidak terjejas apabila lagu duetnya bersama Datuk AC Mizal, Al Haq...Yang Satu dilabel sebagai lagu 'Kepala Hotak' oleh seorang pendakwah di Malaysia.
"Alhamdulillah, saya tak down (patah semangat). Pengalaman banyak mengajar saya. Sebelum ini lagi teruk saya lalui macam-macam ujian. Ini kira okay," katanya kepada laman Harian Metro, baru-baru ini.





