APABILA diberhentikan daripada tugasnya di sebuah syarikat penganjur acara Mac lalu akibat pandemik Covid-19, Encik Muhammad Khairunnizam Lukman, 34 tahun, berasa tertekan kerana mendapati sukar mencari pekerjaan baru.
Akhirnya, bekas pekerja eksekutif penjualan itu memutuskan untuk menjalani latihan bagi meningkatkan kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat (IT) memandangkan beliau mempunyai diploma dari Politeknik Singapura dalam bidang pengurusan perniagaan dan IT.





