Hampir 140 firma telah diarahkan menghentikan operasi di tapak kerja selepas melanggar langkah pengurusan selamat tempat kerja Covid-19 yang diperkenalkan pada Mac tahun lalu.
Lagi 280 firma didenda kerana gagal mematuhi langkah-langkah itu selepas pemeriksaan ke atas lebih 36,000 tempat kerja dijalankan pada sejak Mac lalu, menurut Kementerian Tenaga Kerja (MOM) dalam satu pos Facebook pada Sabtu ( 6 Feb).






