KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah membuat laporan polis ke atas Khidmat Ambulans Darurat Singapura (Seas) kerana dakwaan menyalahgambarkan ia mewakili pelbagai hospital awam dan swasta dalam senarai dalam taliannya.
Laporan ini dibuat menyusuli maklum balas bahawa hasil pencarian dalam enjin carian bagi ambulans daripada sekurang-kurangnya enam hospital membawa pada nombor telefon operator privet ini, kata MOH dalam kenyataan pada Isnin (8...





