SINGAPURA tidak dijangka keluar dari Fasa 3 pembukaan semula ekonomi Singapura dalam masa terdekat, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di sidang Parlimen, pada Khamis (25 Februari).
Fasa 3, adalah "norma baru" yang akan terus dijalani hingga ada bukti vaksin yang disuntik berkesan dalam mencegah penularan wabak Covid-19 ini pada masa akan datang, katanya.





