LEBIH 300,000 warga Singapura telah berbelanja menggunakan baucar Teroka Semula Singapura untuk membuat tempahan hotel, tarikan dan lawatan sejak penebusan baucar dimulakan 1 Disember lalu.
Sehingga 1 Januari, jumlah tempahan bernilai sehingga $35.9 juta menerusi baucar dan bayaran, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Selasa (5 Jan).





