KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata daripada dua kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang dikesan pada Khamis (7 Januari), satu merupakan lelaki warga Singapura 63 tahun yang bertugas sebagai pengendali kargo firma AirMark Aviation. Syarikat itu beroperasi di Pusat Kargo Dnata, 45 Airport Cargo Road.
Beliau mengendalikan pemuatan dan pemunggahan kargo bagi syarikat penerbangan My Indo Airlines dan tidak berinteraksi dengan penumpang...





