PEMIMPIN masjid memainkan peranan penting dalam memastikan ruang ibadah ini kekal selamat buat semua jemaah dan anggota masyarakat yang mengunjunginya.
Menekankan demikian ketika berucap di sesi pelantikan kepimpinan Kelompok Masjid Selatan pada Sabtu (30 Januari) di Masjid Abdul Gafoor, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, menggalakkan pemimpin masjid agar menguatkan usaha bekerjasama dengan rakan kerjasama masing-masing...





