TAKTIK yang digunakan penipu sering berubah dan menjadi lebih canggih, dan sekarang termasuk penggunaan audio dan panggilan video palsu dalam penipuan melibatkan transaksi bank yang tidak dibenarkan, Parlimen diberitahu pada Isnin.
Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, berkata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mahu mengukuhkan pertahanan Singapura terhadap penipuan sedemikian dengan bekerjasama bersama bank bagi membenarkan pelanggan mengesahkan apakah...






