PARA mangsa keganasan keluarga kini mempunyai perlindungan lebih baik terhadap pendera, sekiranya saranan perubahan kepada Pindaan Rang Undang-Undang Piagam Wanita (Keganasan Keluarga dan Hal Lain), diluluskan.
Rang Undang-Undang yang dibentangkan buat kali pertama di Parlimen pada Selasa itu, akan menambah tiga peruntukan kepada arahan perlindungan peribadi (PPO), yang merupakan arahan mahkamah bagi mengekang seseorang daripada melakukan keganasan terhadap anggota keluarganya.





