KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, yang masih tidak mempunyai parti selepas dipecat Umno pada Januari lalu, lebih selesa 'menutup mulut' mengenai masa depan penglibatan politiknya walaupun sudah ditawarkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketika dihubungi Berita Harian Malaysia susulan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai tawaran jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada...





