Hubungan dua hala antara Singapura dan Kenya telah diperkukuhkan lagi dengan pemeteraian perjanjian dalam tiga bidang - kredit karbon, teknologi perhubungan dan maklumat (ICT) serta pembangunan kemahiran. Tiga perjanjian memorandum persefahaman (MOU) itu ditandatangani pada Khamis, dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Kenya, Dr William Samoei Ruto, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA). Encik Lee,...





