MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa ia telah memaksimumkan usaha untuk menyambut jemaah bagi musim haji tahun ini apabila bilangan jemaah dijangka kembali ke tahap prapandemik.
Pihak berkuasa di Makkah, pada minggu lalu, telah menjalankan tinjauan mengenai persiapan yang diatur di tapak-tapak suci yang dijangka menjadi tumpuan.





