DENGAN bulan haji bakal menjelang tidak lama lagi, bakal-bakal jemaah haji yang terpilih menjadi 'duyufurrahman' atau 'tetamu-tetamu Allah" pada tahun ini tentunya sedang membuat persiapan dari segi kerohanian dan fizikal.
Memandangkan peluang mengerjakan ibadah haji ibarat kesempatan sekali seumur hidup, jemaah dinasihatkan supaya melaksanakannya sesempurna mungkin dengan mengikut syarat, rukun dan wajibnya agar hajinya diterima Allah swt kerana pahala haji...





