ENCIK Henry Han bekerja di kedai roti 126 Cake & Bread House terletak di estet perumahan Waterway Sunray di Punggol East. Beliau biasanya membuka kedai pada pukul tujuh pagi. Tetapi rutinnya diganggu lebih 20 ekor monyet pada pagi 11 Julai.
"Apabila saya buka kedai, monyet-monyet masuk ke dalam dan merampas empat keping roti. Saya nampak mereka kongsi roti itu antara...





